Thursday, November 12, 2009

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Berhadapan dengan memorial ini ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.
Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment