Thursday, November 12, 2009

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Berhadapan dengan memorial ini ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.
Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys Bandar Hilir, MelakaBangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya. Muzium-muzium tersebut adalah:Muzium Sejarah dan EthnografiGaleri Laksamana Cheng HoMuzium Sastera Muzium Pemerintahan DemokrasiMuzium Yang Di-Pertua Negeri

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

Tun Leong Yew Koh (31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1963)
Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf (31 Ogos 1963 hingga 30 Ogos 1971)
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (31 Ogos 1971 hingga 9 Mei 1975)
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (23 Mei 1975 hingga 30 Nov 1984)
Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin (4 Dis 1984 hingga 3 Jun 2004)
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob (4 Jun 2004 hingga 3 Jun 2008)